01 Julai 2010

Semalu pun tau malu..ini kan pulak perempuan...

Sekali lagi..ingin ku kongsi kan email yg ku dapat..sila baca ye..

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan2 bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bwh sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yg sedikit marah. Rasulullah dgn tenang berkata kepada puteri kesygannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menya,bung kata-katanya lagi.. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran dpd pohon semalu ini dari 4 aspek..

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bhw wanita perlu mempunyai perasaan malu pd tempatnya..

Kedua, semalu mempunyai duri yg tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sbg seorg wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yg sgt kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yg sgt kuat dgn Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali , semalu akan kuncup dgn sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu wp ia hanya sepohon tumbuhan yg kecil...Sy ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan sy ttp ada satu..Jika anda ada satu ilmu dan sy ada satu ilmu..kemudian kita tukar ilmu tersebut..anda ada 2 ilmu dan sy ada 2 ilmu...renung-renungkan la...

Tiada ulasan: